BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 28, 2011

BERKHATAN MENURUT SAINS

MENURUT SAINS


Di Amerika, Britain dan Australia, peratus bayi lelaki yang dikhatankan terus meningkat dari tahun ke tahun, iaitu sekitar tahun 1870 hingga 1970. Faktor utama yang menyebabkan peningkatan ini adalah kesihatan dan kebersihan. Namun setelah itu peratus ini menurun berpunca daripada satu kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Akademi Pakar Kanak-kanak Amerika (TAAP) yang mengatakan tidak terdapat sebarang kajian yang membuktikan ianya mendatangkan manfaat kepada kesihatan. Walau bagaimana pun pada bulan Mac 1999, kenyataan ini dikaji semua dan kenyataan yang baru dikeluarkan. Kenyataan baru ini menafikannya kembali.

Web MD Medical News pada 6 Mac 2000 melaporkan bahawa Dr. Edgar J. Schoen pernah melakukan satu kajian bersama rakan-rakannya dan mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah daripada kalangan lelaki yang tidak berkhatan. Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada mengidap kanser zakar dan penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Pediatrics.
Menurut Dr. Edgar J. Schoen lagi, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar semasa melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya sifilis, chancroid dan genital herpes. Dr. Gerald Weiss pula menegaskan bahawa bahagian bawah kulit yang menutupi kepala zakar menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman. Tanpa khatan, kanak-kanak lelaki berisiko mengalami infeksi yang kadangkala mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.

0 comments: