BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 28, 2011

HIKMAH BERKHATAN

Hikmah berkhatan

Setiap amalan yang disyariatkan Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya. Justeru, amalan berkhatan mempunyai banyak faedah terutama daripada aspek kesihatan.

Menurut Dr. Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah, seseorang lelaki itu akan dapat menghindari penyakit kulit yang disebabkan peluh-peluh berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini dibuktikan Dr Gerald Weiss yang menegaskan, tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman. Hal ini meningkatkan risiko mendapat infeksi. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Sebagaimana dijelaskan Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya ‘Perubatan Islam Kontemporari’, terdapat banyak kajian dilakukan menunjukkan khatan mencegah pelbagai jenis penyakit, antaranya:

Risiko wanita menghidap barah pangkal rahim tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India.

Dr Edgar J Shoen dalam bukunya Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, seorang pakar kanak-kanak terkenal, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, chancroid dan genital herpes.

Berdasarkan hasil-hasil kajian di atas, jelaslah lelaki yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan baik dan terhindar daripada berbagai-bagai penyakit merbahaya.

0 comments: