1. Maksud jihad
· Dari segi bahasa; usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada
· Dari segi istilah; usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan allah
· Jihad yang paling utama ialah perjuangan menegakkan agama Allah dengan mengorbankan nyawa dan jiwa
· Jihad lain;
- Berjihad meningkatkan prestasi pendidikan
- Membangunkan negara
- Menggiatkan aktiviti ekonomi dll
2. Kelebihan orang yang berjihad dijalan Allah
· Pahala dan darjat disisi Allah
3. Peringkat-peringkat jihad
· Berjihad membaiki diri
i. Mempelajari islam
ii. Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian
iii. Menyebarkan ilmu
iv. Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan islam
· Berjihad melawan syaitan
i. Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada dalam diri
ii. Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat
· Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik
i. Boleh dilakukan dengan hati, lidah dan nyawa
· Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
4. Adab-adab berjihad
· Niat yang ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah
· Sanggup berkorban apa sahaja untuk perjuangan menegakkan agama islam
· Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan dengan memberi komitmen yang tinggi
· Mematuhi arahan dan mempunyai semangat berpasukan
5. Cara melahirkan semangat jihad
· Memahami tuntutan jihad yang sebenar
· Menerapkan semangat jihad dikalangan pemuda dan pemudi
· Mengetahui kelebihan jihad melalui kisah-kisah perjuangan para sahabat
· Sentiasa mengamalkan ibadat sunat seperti qiamulllail dan membaca al-quran
0 comments:
Post a Comment